Lori Surat Khabar Lama

16 April 2012

Hal Bilik Mainan



Salam dan hai

Dalam post berkenaan
susun atur almari Dyzhwar, memang dalam bilik anak tu kosong. Tiada apa, selain almari baju dan bakul baju kotor dia. Nak hias beria pun, saya keberatan pasal saya nak rancang betul-betul apa nak dibeli. Belum sempat fikirkan ini, jadi buat masa sekarang, ini sahaja yang saya letakkan dalam bilik anak

Bilik ni memang bakal dijadikan bilik tidur Dyzhwar bila dia dah boleh tidur dipisahkan daripada kitorang. Sementara dia masih menyusu badan ni, bilik ni kami jadikan bilik mainan dia. Pasal tu kami belikan placemat untuk dia main atas tu. Nak beli play mat besar-besar macam kat bilik mainan Ikea tu, tak mampu. Jadi kita beli 4kaki x 4 kaki ye nak? Malangnya, dia taknak main atas tu. Dia nak main kat wayar berselirat kat ruang TV tu dan main panjat kerusi kat meja makan








Nanti kalau Dyzhwar nak meja kerusi untuk lebih selesa, kita boleh buat camni ye nak? meja putih tu umi dah ada, letak jadi meja sisi. Tu dyzhwar boleh amik, umi ada alasan nak beli meja sisi baru --eh?



Khamis ni kontraktor akan pasangkan lampu downlight dan kipas. Lepas ni dah boleh la mula cari langsir yang berkenan di hati. Lain-lain perabot tak perlu lagi, memandangkan Dyzhwar masih tidur satu bilik dengan kami

Cuma katil dyzhwar dah kena turunkan kebawah sikit pasal dia dah boleh memanjat




Mungkin insyaAllah kalau ada rezeki, lepas Dyzhwar dah besar sikit, bilik maid kat bawah tu boleh dijadikan bilik mainan Dyzhwar pasal umi takmo Dyzhwar main dan tidur di bilik yang sama. Umi dengan babah tengah bincang nak buat apa dengan bilik bawah tu. Tapi idea kasarnya, umi sukakan yang macam ni. beg kacang dan kerusi sandar macam ni lebih selesa. Umi tengah cuba bangkang babah nak beli katil untuk bilik bawah tu pasal kalaupun nak dijadikan bilik tetamu, tak tau la bila ada tetamu nak datang. Jadi daripada dibiarkan bagai gajah putih katil tu nanti, lebih praktikal macam ni





Iklan: Pelaburan yang best--beli bekas ais ni kat Giant, dalam RM4 dapat dua bekas ais. boleh buat isi puri anak dan boleh juga buat isi stok ayam, daging dan udang dalam bentuk kiub. Lebih praktikal untuk digunakan bagi menyimpan dan penggunaan dalam kuantiti yang sedikit, berbanding pakai storage bag dalam post hari tu. Siap dapat penutup sekali. Lepas dah beku, boleh keluarkan ketulan dan simpan dalam zip lock atau bekas tupperware.


Puri brokoli dan kubis cina untuk bubur Dyzhwar.

Tiada ulasan: