Semalam sempat singgah ke Cosway di Serdang, nak beli playmat puzzle dan rak plastik untuk bilik air. Berkenan pulak dengan tray tu masa tengok catalog Cosway. Tapi nanti kita cerita dalam perenggan lain.
Kita cerita pasal play mat untuk bilik permainan Dyzhwar ni. Masa saya pergi ke Cosway cawangan Serdang, yang tinggal cuma 4 set puzzle mats ni sahaja. Saya nak beli 6 tapi memandangkan stok cuma ada 4, jadi saya amik dulu. Mungkin nak pergi ke cawangan lain nak cari mat ni.
Ni pemandangan bilik permainan Dyzhwar dulu. Playmat cuma mengisi suku daripada keseluruhan bilik ni. Jadi permainan memang semua saya tumpukan ke ruang tu, pasal kalau Dyzhwar terjatuh pun, dia tak sakit sangat, cuma dia malu la kalau kami ternampak dia jatuh. Jadi mesti dia nangis untuk cover malu.